Sunday, December 26, 2021

PROFIL PELAJAR

Assalammualaikum dan Hai, Nama saya Muhammad Hafiz Bin Bakar. Saya merupakan seorang pelajar di peringkat Universiti. Saya memulakan pengajian saya di universiti ketika berada di peringkat Diploma di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan masih meneruskan di peringkat Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Tari di universiti yang sama.

Sejak kecil saya amat meminati aktiviti yang berkaitan dengan seni dan kebudayaan.Saya juga gemar melibatkan diri dengan aktiviti yang memelihara seni dan budaya. Ianya seperti sudah menjadi sebati dengan darah yang mengalir didalam diri saya. Saya juga suka dengan keunikkan tarian-tarian tradisional melayu, klasik melayu, kontemporari, ballet dan juga moden jadi saya berminat untuk mendalami dengan lebih dalam lagi dalam bidang tarian ini. 

Saya bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah atau koreografer pada suatu hari nanti kerana saya ingin berkongsikan idea-idea saya dan ingin mengembangkan lagi tarian yang ada di Malaysia kerana tarian ialah suatu perkara yang amat indah dan perlu dijaga lagi-lagi pada zaman ini, banyak pengaruh luar dan adat resam kita semakin dilupakan jadi saya sebagai seorang yang bergelar pelajar tari haruslah meneruskan legasi dalam meneruskan dan menghidupkan semula tarian-tarian dan budaya di Malaysia.




See you in next blog!;')



Followers

Search This Blog

Labels

Blog Archive

Labels