Sepanjang saya berada di UPSI terdapat berbagai aktiviti yang saya telah saya ceburi, antaranya ialah menjadi artis budaya untuk majlis-majlis kebudayaan di bawah kelolaan universiti. Seterusnya saya juga menyertai persembahan Muara, pertukaran budaya bersama pelbagai lagi negara-negara lain dibawah anjuran yang sama.
Selain itu, saya juga menyertai persembahan luar sempena hari sukan di sekolah rendah sekitar kawasan muallim. Saya juga ada menyokong rakan-rakan universiti saya dengan menyaksikan persembahan lakonan dari pelajar teater dan juga persembahan nyanyian oleh pelajar muzik
Saya dan rakan-rakan juga ada menyertai aktiviti kembara alam seperti ekspedisi pergi ke dalam hutan dan pelbagai perkara yang saya dapat belajar sepanjang melakukan aktiviti masuk ke hutan kerana ia adalah antara aktiviti yang mencabar dan merupakan salah satu hobi saya.
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan juga ada mengadakan hari orientasi dimana pelajar-pelajar dari tiga bidang dibawah satu Fakulti akan dikumpulkan bersama untuk menjalani aktiviti orientasi. Pelajar dari kos Tari, Teater dan Muzik mula bekerjasama di dalam satu kumpulan, dan kami banyak melakukan permainan dan persembahan bersama.

No comments:
Post a Comment