BIODATA SAYA

 Assalammualaikum dan Hai, nama saya Muhammad Hafiz Bin Bakar, berumur 21 tahun pada tahun ini. Saya dilahirkan di Hospital Sultanah Fatimah Muar,Johor pada 29 Jun 2001. Mempunyai 4 orang adik beradik dan saya merupakan anak ketiga. Saya menetap di Muar,Johor sejak kecil dan memulakan persekolahan di daerah Muar.



Saya memulakan pelajaran di tadika Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Tengah Muar,Johor dan meneruskan sesi Darjah 1 hingga selesai Darjah 6 di sekolah yang sama. Minat saya kepada seni dan kebudayaan telah digilap oleh guru tarian saya sejak saya berumur 8 tahun. Berbagai aktiviti kebudayaan yang telah saya sertai dan saya juga pernah diberikan hadiah penghargaan sebagai tokoh murid kokurikulum.

Seterusnya,saya meneruskan sesi pelajaran di Tingkatan 1 hingga selesai Tingkatan 5 di SMK Tengku Mahkota Muar,Johor. Saya juga masih meneruskan penglibatan diri didalam aktiviti kebudayaan sehingga di peringkat Antarabangsa dan juga pernah diberikan hadiah penghargaan sebagai tokoh murid kokurikulum.






Kemudian saya menyambung pelajaran saya di peringkat Diploma di Universiti Pendidikan Sultan Idris selama 3 tahun di dalam bidang Tari dan berbagai perkara yang saya dapat dan belajar di sini antaranya ialah mengenali tarian-tarian melayu klasik, menarikan tarian kontemporari, ballet dan sebagainya. Seterusnya saya memutuskan untuk menyambung lagi pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama dan sekarang saya berada dalam semester yang pertama. 

 

Saya berharap agar saya akan dapat terus bertahan dalam meneruskan pelajaran saya dalam bidang ini dan dapat menamatkan pelajaran dengan segulung ijazah.




See you in next blog!;')


No comments:

Post a Comment

PROFIL PELAJAR